Pergi ke kandungan

Surah Al-A’raaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Surah Al A'raaf adalah surah ke-7 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 206 ayat dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya Surah Al-An’aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surah yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al-A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al-A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di atas syurga dan neraka.

Isi kandungan

[sunting | sunting sumber]
  1. Keimanan: Mentauhidkan Allah dalam berdoa dan beribadat; hanya Allah sendiri yang mengatur dan menjaga alam; menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat; Allah bersemayam di 'Arasy; bantahan terhadap kepalsuan syirik; ketauhidan adalah sesuai dengan fitrah manusia; Musa berbicara dengan Allah; tentang melihat Allah; perintah beribadat sambil merendahkan diri kepada Allah; Allah mempunyai al-Asmaaulhusna.
  2. Hukum-hukum: Larangan mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk; kewajipan patuh kepada Allah dan rasul; perintah bersuci waktu solat; bantahan terhadap orang yang mengharamkan perhiasan yang dianugerahkan Allah; perintah makan makanan yang halal lagi baik dan larangan memakan yang sebaliknya.
  3. Kisah-kisah: Kisah Nabi Adam a.s. dengan iblis; kisah Nabi Nuh a.s. dan kaumnya; kisah Nabi Soleh a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib a.s. dengan kaumnya; kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun.
  4. Dan lain-lain: Al Quran diturunkan kepada Nabi yang penghabisan dan perintah mengikutinya; Nabi Muhammad s.a.w. diutus untuk seluruh manusia; adab orang mukmin, adab mendengar pembacaan Al Quran dan berzikir; rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah; ganjaran terhadap orang-orang yang mentaati dan balasan orang yang mengingkari rasul; dakwah rasul-rasul yang pertama sekali ialah mentauhidkan Allah; tentang ashhaabul A'raaf yang berada antara syurga dan neraka; Allah pencipta makhluk; manusia adalah makhluk yang terbaik dijadikan Allah serta mempunyai kesediaan untuk baik dan untuk buruk; permusuhan syaitan terhadap Bani Adam; manusia khalifah Allah di muka bumi; kehancuran sesuatu kaum adalah kerana perbuatan mereka sendiri; Setiap bangsa mempunyai masa kejayaannya dan masa kehancurannya; Allah menguji manusia dengan kekayaan dan kemiskinan; istidraj azab Allah terhadap orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini

  • Mukaddimah Al Qur'an versi terjemahan Jabatan Agama Republik Indonesia


Surah Sebelumnya:
Surah Al-An’aam
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Anfaal
Surah 7
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy