Konsonan antara gigi
Konsonan antara gigi dihasilkan dengan meletakkan hujung lidah di antara gigi hadapan atas dan bawah. Ini berbeza dengan konsonan gigi biasa, yang diartikulasikan dengan lidah di belakang gigi kacip atas. Tiada bahasa yang diketahui membezakan antara konsonan antara gigi dan konsonan gigi.
Konsonan antara gigi boleh ditranskripsikan dengan subskrip AFAtmb, ditambah jambatan superskrip, seperti dalam ⟨n̪͆ t̪͆ d̪͆ θ̪͆ ð̪͆ r̪͆ ɹ̪͆ l̪͆ ɬ̪͆ ɮ̪͆⟩ jika ketepatan ini diperlukan, tetapi biasanya ia ditranskripsikan sebagai konsonan gusi lebih depan, seperti ⟨n̟ t̟ d̟ θ̟ ð̟ r̟ ɹ̟ l̟ ɬ̟ ɮ̟⟩.
Konsonan antara gigi amat nadir dalam semua bahasa. Kadangkala bunyi yang sepatutnya dibuat dengan gigi atau batas gusi di belakangnya juga boleh dibuat dengan lidah berada di antara gigi yang biasanya berlaku disebabkan pengaruh bunyi antara gigi yang berdekatan. Konsonan antara gigi yang paling biasa berlaku ialah geseran bukan sibilan (sibilan boleh dibuat dengan gigi tetapi tidak dianggap sebagai antara gigi). Konsonan antara gigi seakannya tidak berbeza dengan konsonan gigi dalam mana-mana bahasa.
Geseran antara gigi bersuara dan tidak bersuara [ð̟, θ̟] hadir dalam bahasa Inggeris Amerika sebagai bunyi awal perkataan seperti 'then' dan 'thin'. Dalam bahasa Inggeris British, dua konsonan ini lebih cenderung menjadi konsonan gigi [ð, θ].
Bunyi [l̟] antara gigi berlaku dalam beberapa jenis bahasa Itali, dan ia juga boleh berlaku dalam beberapa jenis bahasa Inggeris walaupun taburan dan penggunaan [l̟] antara gigi dalam bahasa Inggeris tidak jelas.
Malaran tak geser antara gigi [ð̞] dapat ditemui dalam banyak bahasa Filipina, seperti Kagayanen (cabang Manobo), Mandaya Karaga (cabang Mansakan), Kalagan (cabang Mansakan), Bicolano Catanduanes Selatan dan beberapa varieti Kalinga,[1] juga dalam bahasa-bahasa Bauchi di Nigeria.[2]
[ɮ̟] antara gigi hadir dalam beberapa dialek bahasa Amis. Mapuche mempunyai konsonan antara gigi [n̟], [t̟], dan [l̟].
Dalam kebanyakan bahasa Orang Asli Australia, terdapat beberapa konsonan "gigian", ditulis th, nh, dan (dalam beberapa bahasa) lh. Bunyi-bunyi ini sentiasa laminal (disebut dengan menyentuhkan daun lidah) tetapi boleh dibuat menjadi tiga bunyi yang berbeza, bergantung pada bahasa, penutur dan betapa berhati-hatinya penutur menyebut bunyi itu. Konsonan ini dipanggil antara gigi hujung lidah [t̺͆~d̺͆ n̺͆ l̺͆] dan daun lidah dapat dilihat di antara gigi, seperti dalam th bahasa Inggeris Amerika; antara gigi lamina [t̻͆~d̻͆ n̻͆ l̻͆] dengan hujung lidah berada di bawah dan belakang gigi bawah, supaya daun lidah dapat dilihat di antara gigi; dan gigi-gusi [t̻̪~d̻̪ n̻̪ l̻̪], yang mana hujung dan daun lidah bersentuhan dengan bahagian belakang gigi atas dan batas gusi, seperti t, d, n, l dalam bahasa Perancis.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Machlan, Glenn; Olson, Kenneth S.; Amangao, Nelson (2008). "Minangali (Kalinga) digital wordlist: presentation form". Language Documentation and Conservation. 2 (1): 141–156. hdl:10125/1772.
- ^ Blench, Roger (2011). "Recent research in the languages of Northwest Nigeria: new languages, unknown sounds". Jos Linguistic Circle. https://www.academia.edu/38612586.
- Ladefoged, Peter; Maddieson, Ian (1996). The Sounds of the World's Languages. Oxford: Blackwell. ISBN 0-631-19815-6.
Daerah artikulasi |
---|
• Bibir |
Dwibibir |
Bibir-velar |
Bibir-gusi |
Bibir-gigi |
• Dwigigi |
• Koronal |
Lidah-bibir |
Antargigi |
Gigi |
Gigi-gusi |
Gusi |
Hujung lidah |
Laminal |
Belakang gusi |
Gusi-lelangit |
Gelungan |
• Dorsal |
Lelangit |
Labial-palatal |
Velar |
Uvular |
Uvular-epiglotis |
• Radikal |
Farinks |
Epiglotis-farinks |
Epiglotis |
• Glotis |
Laman ini mengandungi maklumat fonetik dalam IPA yang mungkin tidak dapat dipaparkan dengan betul dalam sesetengah pelayar web. [Bantuan] |