Pergi ke kandungan

Genre muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Genre muzik ialah binaan kategori dan tipologi yang mengenal pasti bunyi-bunyi muzik sebagai tergolong dalam sesuatu kategori dan jenis muzik yang dapat dibezakan daripada jenis muzik yang lain.

Terdapat banyak pendekatan terhadap genre. Dalam bukunya, Form in Tonal Music (Bentuk dalam Muzik Tonal), Douglass M. Green menyenaraikan madrigal, motet, kanzona, ricercar, dan tarian sebagai contoh genre daripada Zaman Pembaharuan Eropah. Menurutnya, "Op. 61 Beethoven dan Op. 64 Mendelssohn tergolong dalam genre yang sama — kedua-duanya merupakan konserto — tetapi memiliki bentuk yang berbeza. Sebaliknya, kedua-dua Rondo untuk Piano, K. 511, dan Agnus Dei daripada Mass, K. 317 Mozart agak berbeza genrenya tetapi kebetulan mempunyai bentuk yang sama".[1]

Sesetengah orang menganggap kedua-dua istilah "genre" dan "gaya" sebagai sama sahaja dan menyatakan bahawa genre harus ditakrifkan sebagai buah-buah muzik yang berkongsi sesuatu "gaya" atau "bahasa muzik asas".[2] Sebaliknya, ada juga yang menyatakan bahawa "genre" dan "gaya" merupakan dua buah istilah yang berbeza, dengan ciri sekunder seperti kandungan juga dapat membezakan genre.[3] Sesuatu genre (atau subgenre) muzik juga dapat ditentukan menerusi teknik, gaya, konteks, dan temanya (kandungan, semangat). Asal geografi kekadang juga dapat dipergunakan untuk menentukan genre muzik, walaupun setiap kategori geografi tunggal biasanya merangkumi berbagai-bagai subgenre.

Dalam eseinya yang berjudul "Genres, Subgenres, Sub-Subgenres and More" (Genre, Subgenre, Sub-Subgenre dan Lanjut",[4] Kembrew McLeod mencadangkan bahawa dalam bidang muzik elektronik:

"pemberian nama subgenre baharu dapat dikaitkan kepada pelbagai pengaruh, seperti sifat muzik yang berkembang dengan pesat dan budaya pengguna terpecut, serta juga sinergi yang dibentuk oleh kedua-dua strategi pemasaran syarikat rakaman dan gembar-gembur majalah muzik. Pengambilan muzik kelompok minoriti secara langsung oleh kelas menengah atas dan kelas menengah orang putih di Amerika Syarikat dan Great Britain juga memainkan sebahagian peranan, dengan proses pemberian nama yang pesat dan berterusan dalam subbudaya muzik elektronik/tarian juga bertindak sebagai mekanisme penjaga pintu."

Jenis genre muzik

[sunting | sunting sumber]

Kategorian

[sunting | sunting sumber]

Senarai genre muzik (termasuk subgenre) boleh didapati di Senarai genre muzik. Bagaimanapun, adanya sebilangan kriteria yang dapat digunakan untuk mengelaskan genre muzik, termasuk:

  • Perbezaan Seni/Pop/Tradisional;
  • Perbezaan kawasan dan negara;
  • Asal pergabungan.

Muzik seni

[sunting | sunting sumber]

Muzik seni ialah pengungkapan muzik budaya tinggi. Terutamanya, ia merujuk kepada muzik klasik, termasuk muzik klasik Eropah atau lain-lain yang tersenarai dalam Senarai gaya muzik klasik (termasuk muzik klasik bukan Eropah), muzik klasik kontemporari (termasuk muzik seni elektronik, muzik uji kaji, dan muzik minimalisme). Muzik seni juga boleh merangkumi sesetengah bentuk jaz (walaupun jaz terutamanya merupakan sejenis bentuk muzik pop.)

Muzik pop

[sunting | sunting sumber]

Muzik pop ialah pengungkapan budaya pop. Stereotaip "muzik pop" yang biasa merupakan muzik yang tergolong dalam mana-mana gaya muzik yang boleh didapati oleh orang awam dengan mudah dan disebarkan oleh satu atau lebih saluran media massa. Untuk pengenalan kritis, lihat karya Richard Middleton (misalnya Studying Popular Music, 1998) dan Starr/Waterman (American Popular Music, 2004).

Muzik tradisional

[sunting | sunting sumber]

"Muzik tradisional" ialah pengungkapan muzik budaya tradisional. Ia merupakan nama moden untuk apa yang dahulunya dikenali sebagai "muzik rakyat", iaitu sebelum istilah "muzik rakyat" diperluas untuk merangkumi banyak bahan yang bukan tradisional. Ciri-ciri utama muzik tradisional ialah:

  • Penghantaran lisan: Muzik yang disampaikan atau dibelajar menerusi menyanyi, mendengar, dan kekadangnya menari;
  • Asas budaya: Muzik yang berasal daripada dan merupakan sebahagian tradisi sesuatu kawasan atau budaya.

Muzik kawasan dan negara

[sunting | sunting sumber]

Muzik boleh dikategorikan mengikut geografi, misalnya istilah "muzik Australia" boleh merangkumi:

Asal pergabungan

[sunting | sunting sumber]

Di Barat, hampir semua muzik, kecuali muzik tradisional, mempunyai asal pergabungan. Genre pergabungan ialah genre muzik yang menggabungkan dua atau lebih genre, misalnya muzik rock and roll yang pada asalnya dikembangkan daripada gabungan muzik blues, muzik gospel, dan lagu rakyat Amerika. Ciri-cirinya yang utama ialah perubahan tempo, ritma, dan kekadangnya, penggunaan "perjalanan" muzik yang panjang yang dapat dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih pendek, dengan setiapnya memiliki dinamik, gaya, dan tempo tersendiri.

Ahli muzik yang mengerjakan genre pergabungan seringnya susah dikategorikan ke dalam gaya bukan pergabungan. Kebanyakan gaya muzik tersebut dipengaruhi oleh berbagai-bagai genre muzik. Sedangkan terdapat banyak alasan tentang mengapa keadaan ini berlaku, alasan utamanya adalah kerana kebanyakan genre pergabungan berkembang daripada genre-genre yang lain. Apabila genre baharu akhirnya menuntut diri sebagai genre yang berasingan, seringnya terdapat banyak perkara samar-samar yang masih wujud. Ahli-ahli muzik itu umumnya menganggap diri sebagai sebahagian kedua--dua genre. Justera, seorang ahli muzik yang main muzik yang terutamanya bersifat muzik blues, tetapi dipengaruhi oleh muzik rock, seringnya dilabel sebagai ahli muzik blues-rock. Genre pertama ialah genre yang melahirkan genre yang baharu manakala genre kedua ialah genre yang lebih baharu dan yang kurang dominan dalam permainan ahli muzik itu. Contoh kumpulan blues-rock termasuk Stevie Ray Vaughan dan Double Trouble. Vaughan, seorang pemain gitar blues Texas yang diselubungi oleh dunia yang muzik rock merupakan muzik yang utama, menggunakan kedua-dua muzik rock dan muzik blues.

Aversi terhadap genre yang lain

[sunting | sunting sumber]

Banyak orang mengalami aversi yang teruk terhadap genre-genre muzik yang amat berbeza dengan apa yang lebih disukai mereka.

  1. ^ Green, Douglass M. (1965). Form in Tonal Music. Holt, Rinehart, and Winston, Inc. m/s. 1. ISBN 0030202868. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ van der Merwe, Peter (1989). Origins of the Popular Style: The Antanddececedents of Twentieth-Century Popular Music. Oxford: Clarendon Press. m/s. 3. ISBN 0-19-316121-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Moore, Allan F. "Categorical Conventions in Music Discourse: Style and Genre" Music & Letters, Vol. 82, No. 3 (Aug., 2001), pp. 432-442
  4. ^ McLeod, Kembrew (2001). "Genres, Sub-Genres, Sub-Sub-Genres, etc.: Sub-Genre Naming In Electronic/Dance Music". JOURNAL OF POPULAR MUSIC STUDIES (13): 59–75. |access-date= requires |url= (bantuan)
  • "Genre." The New Grove Dictionary of Music and Musicians. Grove Music Online.
  • Holt, Fabian (2007). Genre in Popular Music. Chicago: University of Chicago Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  • Negus, Keith (1999). Music Genres and Corporate Cultures. New York: Routledge. ISBN 041517399X. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]


pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy