Pergi ke kandungan

Ferdinand I dari Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ferdinand I
Ferdinand I
Raja Romania
Pemerintahan10 Oktober 1914 – 20 Julai 1927
Kemahkotaan15 Oktober 1922
Didahului olehCarol I
Diikuti olehMichael I
PemakamanCurtea de Argeș, Romania
PasanganMarie dari Edinburgh
AnakandaCarol II
Elisabeth
Maria, Ratu Yugoslavia
Nicholas, Prinz von Hohenzolllern
Ileana, Archduchess dari Austria
Putera Mircea
Nama penuh
Ferdinand Viktor Albert Meinrad
KerabatHohenzollern-Sigmaringen
AyahandaLeopold dari Hohenzollern
BondaAntónia dari Braganza
AgamaRoman Katolik

Ferdinand I (Ferdinand Viktor Albert Meinrad; 24 Ogos 1865 – 20 Julai 1927) merupakan seorang Raja Romania dari 10 Oktober 1914 sehingga kemangkatan beliau pada tahun 1927.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Sigmaringen yang terletak di barat daya Jerman, Putera Ferdinand Viktor Albert Meinrad dari Hohenzollern-Sigmaringen. Nama itu kemudian dipendekkan kepada Hohenzollern. Dalam keluarganya, beliau dipanggil dengan Nando. Ferdinand I adalah anak kepada Leopold, Putera Hohenzollern-Sigmaringen dan Infanta Antónia dari Portugal (1845-1913)[1]

Sepupu kepada ibu Ferdinand ialah Tsar Ferdinand I dari Bulgaria yang menaiki takhta Bulgaria bermula pada tahun 1887 dan Bulgaria merupakan musuh besar dalam Kerajaan Romania. Selain itu, Kaiser Franz Joseph I iaitu raja dari Austria-Hungary dan pemerintah Transylvania ialah keturunan Ferdinand.

Raja Romania

[sunting | sunting sumber]

Ferdinand menggantikan bapa saudaranya iaitu Domnitor Carol I yang mangkat pada 10 Oktober 1914. Tidak lama selepas itu, beliau menjadi Raja Romania yang kedua sehingga kematiannya pada 20 Julai 1927.

Perang Dunia Pertama

[sunting | sunting sumber]

Ketika pemerintahan beliau, Romania terlibat dalam Perang Dunia Pertama dan menyertai tentera Bersekutu dengan menentang Kuasa Tengah pada 27 Ogos 1916. Beliau juga mengangkat sumpah di hadapan Parlimen Romania pada tahun 1914: 'Saya akan memerintah Romania dengan baik'.

Wilhelm II dan Ferdinand (Poster Perang Dunia Pertama)

Apabila Dobruja dan Wallachia diduduki oleh Kuasa-Kuasa Tengah, Romania berjuang pada tahun 1917 dan menghalang tentera Jerman untuk ke Moldova. Pada tahun 1918, Romania dikelilingi oleh Kuasa Tengah dan terpaksa membuat kesimpulan dalam Perjanjian Bucharest 1918. Walau bagaimanapun, Ferdinand enggan menandatangani perjanjian itu. Apabila tentera Bersekutu mara di Thessaloniki, Bulgaria menyerah kalah dari perang dan Ferdinand mengarahkan mobilisasi semula Tentera Romania. Akhirnya, Romania menyertai tentera Bersekutu.

Hasil daripada usaha perang Romania adalah wilayah Bessarabia, Bukovina dan Transylvania menyertai Kerajaan Romania pada tahun 1918. Ferdinand menjadi pemerintah Romania yang sangat besar dalam tahun 1918-1920 berikutan kemenangan Bersekutu ke atas Kuasa Tengah. Peperangan di antara Kerajaan Romania dan Republik Soviet Hungary. Ini menyebabkan Romania berjaya menawan Budapest di Hungary.

Zaman baru dalam sejarah Romania bermula pada hari Kesatuan Transylvania dengan Romania (Hari Kesatuan Besar, Marea Unire). [2][3][4] Tempoh ini akhirnya berakhir dengan perjanjian antarabangsa yang membawa kepada Perang Dunia Kedua. Bahagian-bahagian Romania diserahkan kepada negara jirannya iaitu Hungary dan Bulgaria. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu percubaan untuk memprovokasi negara ini.[5][6][7]

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Ferdinand meninggal dunia di Sinaia pada tahun 1927 dan digantikan oleh cucunya Michael I.

  1. ^ "Ferdinand I". Dicapai pada 28 March 2013.
  2. ^ http://www.cimec.ro/Istorie/Unire/conti_eng.htm
  3. ^ Vasile Goldiș
  4. ^ http://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:m2CBTHFwkd0J:www.international-journal-of-axiology.net/articole/nr13/art11.pdf+%22marea+unire%22+%22great+union%22&hl=en&gl=us&pid=bl&srcid=ADGEESgrcm7HUCWRr63VANfV3q4OjKuLHijxPRvYGpvo82Mv3QPoncXcMex66GoqjhohXStAG8fFU2dr0DrASVSvAyrNE1aOGqFfcxXakjDg-plP4mmVNPyF37h0ow8mY39pmbpqqmtr&sig=AHIEtbTh4_tteyghnKsqHJrER83EsmimLw, page 158
  5. ^ Institute for Operative-Strategic Studies and Military History, Romania in World War II 1941–1945, Publishing House Sylvi, Bucharest 1997. ISBN 973-9175-24-4
  6. ^ http://books.google.com/books?id=tu4WAAAACAAJ&dq=inauthor:%22Institute+for+Operative-Strategic+Studies+and+Military+History%22&hl=en&ei=GdTGTNuFKoa6sQPnzO2GDQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=1&ved=0CC8Q6AEwAA
  7. ^ "King Ferdinand I". Dicapai pada 28 March 2013.
Ferdinand I dari Romania
Cabang kadet bagi Kerabat Hohenzollern
Tarikh keputeraan: 24 Ogos 1865 Tarikh kemangkatan: 20 Julai 1927
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Carol I
Raja Romania
10 Oktober 1914 – 20 Julai 1927
Diikuti oleh:
Michael I
pFad - Phonifier reborn

Pfad - The Proxy pFad of © 2024 Garber Painting. All rights reserved.

Note: This service is not intended for secure transactions such as banking, social media, email, or purchasing. Use at your own risk. We assume no liability whatsoever for broken pages.


Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy