Content-Length: 138502 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Muhammad

Surah Muhammad - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Surah Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Surah Muhammad (Arab: سورة محمد) adalah surah ke-47 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Madaniyah yang terdiri atas 38 ayat. Nama Muhammad sebagai nama surah ini diambil dari perkataan Muhammad yang terdapat pada ayat 2 surah ini.

Pada ayat 1, 2 dan 3 surah ini, Allah membandingkan antara hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang tidak percaya kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan hasil yang diperoleh oleh orang-orang yang percaya kepadanya. Orang-orang yang percaya kepada apa yang dibawa oleh Muhammad SAW iaitu merekalah orang-orang yang beriman dan mengikuti yang hak, diterima Allah SWT semua amalnya, diampuni segala kesalahannya. Adapun orang-orang yang tidak percaya kepada Muhammad SAW adalah orang-orang yang mengikuti kebatilan, amalnya tidak diterima, dosa mereka tidak diampuni, kepada mereka dijanjikan azab di dunia dan di akhirat.

Surah ini dinamakan juga dengan Al-Qital yang bererti Peperangan, kerana sebahagian besar surah ini mengutarakan tentang peperangan dan pokok-pokok hukumnya, serta bagaimana seharusnya sikap orang-orang mukmin terhadap orang-orang kafir.

Isi kandungan

[sunting | sunting sumber]
  • Orang yang mati syahid akan masuk syurga.
  • Balasan yang disediakan di akhirat bagi orang-orang yang takwa dan orang-orang yang derhaka
  • Keesaan Allah SWT.

Hukum-hukum

[sunting | sunting sumber]
  • Menumpas musuh pada permulaan peperangan (sebelum gejala-gejala kemenangan),
  • menawan mereka kalau telah kelihatan gejala-gejala kemenangan,
  • membebaskan tawanan itu dengan menerima tebusan atau tidak.
  • Larangan mengajak damai apabila telah nyata kemenangan.

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Allah selalu memberi ujian kepada orang-orang mukmin, untuk mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang sabar
  • Kehidupan dunia adalah permainan belaka dan bahawasanya iman dan takwalah yang menghasilkan pahala
  • Allah akan menolong orang yang menolong agamanya.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]

Dengar bacaan di sini


Surah Sebelumnya:
Surah Al-Ahqaaf
Al Quran (القــرآن الكـــريم) Surah Berikutnya:
Surah Al-Fath
Surah 47








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Muhammad

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy