Content-Length: 75026 | pFad | https://ms.wikipedia.org/wiki/Lengkung_tegasan-terikan

Lengkung tegasan-terikan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Lengkung tegasan-terikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbezaan antara lengkung tegasan-terikan benar (lengkung atas) dan lengkung tegasan-terikan kejuruteraan.

Sebuah lengkung tegasan-terikan atau diagram tegasan-terikan[1] ialah sebuah graf yang menunjukkan hubungan antara tegasan, σ dengan terikan, ε yang diterima oleh suatu bahan yang lazimnya diperoleh melalui ujian tegangan dan mampatan.[2] Lengkung yang diperoleh dapat digunakan untuk mendapatkan dan mengira pelbagai nilai seperti modulus keanjalan, E.[3] Sebuah lengkung tegasan-terikan biasanya dianggap daripada ujian tegangan, tetapi boleh terhasil daripada mana-mana jenis daya yang dikenakan ke atas sesuatu bahan, dan rupa bentuk lengkung adalah pelbagai bergantung dengan jenis daya serta jenis bahan yang diuji.

Lengkung ini memiliki dua jenis, yakni lengkung tegasan-terikan benar dan lengkung tegasan-terikan kejuruteraan. Jenis lengkung pertama mengambil kira perubahan luas keratan rentas apabila daya yang dikenakan meningkat manakala lengkung kejuruteraan menganggap bahawa luas keratan rentas adalah tetap sepanjang masa daya dikenakan.

  1. ^ Hirakawa et al. 2004, m/s. 153.
  2. ^ Shohji et al. 2004, m/s. 84.
  3. ^ Luebkeman, C., & Peting, D. (2012, 04 28). Stress–strain curves. Retrieved from http://pages.uoregon.edu/struct/courseware/461/461_lectures/461_lecture24/461_lecture24.html.








ApplySandwichStrip

pFad - (p)hone/(F)rame/(a)nonymizer/(d)eclutterfier!      Saves Data!


--- a PPN by Garber Painting Akron. With Image Size Reduction included!

Fetched URL: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lengkung_tegasan-terikan

Alternative Proxies:

Alternative Proxy

pFad Proxy

pFad v3 Proxy

pFad v4 Proxy